(222) Michael Jackson Meninggal Dunia

micheal jackson past away dead 260609 01Siapa yang tidak tahu lagu Beat It, Billy Jean, dan Thriller? Raja Pop, Michael Jackson yang merupakan penyanyi lagu-lagu kegilaan ramai itu telah meninggal dunia awal pagi semalam akibat serangan jantung dan telah mengejutkan dunia serta dianggap sebagai satu kehilangan besar dalam dunia hiburan antarabangsa. Jackson, 50, disahkan meninggal dunia pada pukul 02:26pm waktu tempatan (02:26am Jumaat, waktu Malaysia), dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

Allahyarham Michael yang dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana merupakan anak ketujuh daripada keluarga sembilan orang. Lima anak Jackson - Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael telah membuat persembahan pertama mereka dalam satu pertandingan nyanyian ketika Micheal berusia enam tahun dan muncul selaku juara, seterusnya menjadi kumpulan paling paling popular - The Jackson 5.

Michael membuat album sulungnya pada 1972, dan album Thriller pada 1982, yang terus menjadi lagu top 10. Albumnya dijual sebanyak 21 juta di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 27 juta di seluruh dunia. Beliau menerima 13 kali Anugerah Grammy namun semasa hayatnya bergelut dengan pelbagai kontroversi, termasuklah dakwaan mencabul kehormatan seorang budak lelaki pada 1993.

Pada November tahun lalu, akhbar melaporkan, Michael memeluk Islam di rumah seorang rakannya Steve Porcaro di Los Angeles. Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal. Beliau memilih 'Mikaeel' sempena nama malaikat pembawa rezeki sebagai nama Islamnya. Abangnya Jermaine dilaporkan berkata, pemegang gelaran 'penghibur sepanjang zaman' oleh Guinness World Records itu menunjukkan kecenderungan untuk memeluk Islam sejak awal 1990-an lagi.

Michael yang menjadi kaya-raya apabila album ketujuhnya Thriller terjual 109 juta keping telah membina sebuah rumah mewah di Los Angelas yang dilengkapi dengan taman tema dan zoo persendirian. Kediamannya itu sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidap penyakit yang tidak boleh dirawat. Di situ beliau bergelut dengan kontroversi yang mendakwa beliau telah mencabul seorang kanak-kanak pada 1993 dan diseret ke mahkamah sepuluh tahun kemudian. Bagaimanapun, selepas perbicaraan panjang selama dua tahun, beliau didapati tidak bersalah.

Michael menjadi kegilaan anak muda di seluruh dunia dengan suara dan penampilannya yang unik, selain gerak tarinya yang bertenaga di pentas yang dikenali sebagai tarian robot dan moonwalk. Terakhir beliau bergelut dengan tuntutan saman sebanyak AS$7 juta (RM25.26) oleh seorang kerabat diraja Bahrain, Sheikh Abdulla Hamad Al Khalifa kerana didakwa melanggar perjanjian untuk merakam album dan mengadakan konsert di negara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan