(224) Demonstrasi Membasuh Tangan


Pada pagi ini, seramai 25 orang ahli Kelab Doktor Muda telah membuat demonstrasi cara-cara membasuh tangan dengan betul di mana murid-murid diajar mengenai kuman, bagaimana ia boleh menjangkiti mereka dan betapa pentingnya memastikan tangan sentiasa bersih.

Sambil menunjukkan cara yang betul, mereka turut memberi peringatan kepada semua murid agar memastikan 100% tiada kuman pada tangan iaitu dengan membasuh tangan selepas bermain di luar rumah, cuci tangan sebelum makan, selepas ke tandas dan juga selepas bersin.

Cara membasuh kedua-dua tangan dengan betul ialah dengan menggunakan sabun pencuci tangan dan air yang bersih dengan menggosok tapak tangan, setiap jari dan juga ruang-ruang di antaranya. Kemudian gosok kuku dan belakang tangan, cuci tangan dengan air yang bersih dan akhir sekali keringkan tangan dengan tuala yang bersih dan kering.

Objektif utama kempen tersebut ialah bagi mendidik kanak-kanak mengenai cara yang betul membasuh tangan dan menjaga kebersihan diri memandangkan mereka lebih mudah terdedah kepada kuman kerana sentuhan mereka dengan persekitaran luar, rakan-rakan, alat permainan dan juga haiwan peliharaan.
Dan jangan lupa bacakan doa semasa membasuh tangan;

Doa Basuh Tangan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan