(221) Lawak Sekolah Sabtu

Hari ini hari Sabtu. Hari ni kita bersekolah bagi menggantikan cuti hari raya nanti. Secara kebetulan, hari ini ramai cikgu yang tak ada kat sekolah. Ramai yang bercuti kerana menghantar anak masing-masing yang dapat belajar di IPTA, IPTS, kolej, dsb di seluruh negara. Oleh itu, banyak kelas ganti yang terpaksa kita masuk. Bagi meringankan sedikit bebanan di kepala, berikut 3 cerita lawak yang perlu dibaca untuk mengurangkan 'stress'.


Subjek PJK

Cikgu Shukran sedang mengendali kelas Pendidikan Jasmani. Seperti biasa, beliau akan menyuruh murid-muridnya melakukan regangan otot. Tiba di suatu bahagian, semua murid diminta berbaring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seakan-akan sedang mengayuh basikal. Tiba-tiba seorang muridnya memberhentikan kakinya lalu Cgu Shukran menyergah muridnya yang bernama Daniel.


Cikgu : Woiiii Danielll, apa sebab awak berhenti ni, hah!!!??
Daniel : Basikal saya tengah turun bukit, cikgu. Sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.

Cikgu : Aduuu.... terkena aku.


Subjek PAI

Pada hari ini, subjek terakhir sebelum pulang ke rumah ialah subjek Pendidikan Agama Islam. Apabila masa tamat, sebelum keluar kelas Ust Fadhil sempat berpesan dan bersoaljawab dengan murid-muridnya.

Ustaz : Apabila kamu pulang nanti cepat-cepat solat Zohor, ya?
Murid-Murid : Baik, ustaz.
Ustaz : Kalau tak solat tak boleh masuk syurga. Siapa yang nak pergi syurga angkat tangan.


Semua murid mengangkat tangan kecuali Aznan, lalu ustaz pun bertanya;

Ustaz : Kenapa, Nan? Awak tak nak ke syurga?
Aznan : Tak boleh, ustaz. Mak kata, lepas sekolah terus balik rumah. Jangan pergi mana-mana.
Ustaz : ???


Subjek BM

Cikgu Hasnah sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 3 Arab 1.

Cikgu : Amir, boleh kamu buat ayat menggunakan perkataan 'tepung'?
Amir : Itu senang saja, cikgu: "Emak sedang membuat kek di dapur."
Cikgu : Aikk??? Tepungnya mana?
Amir : Tepung kat dalam kek tu la cikgu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan