(186) Panduan Hidup: Janganlah-Jangan

1) Jangan sengaja lewatkan solat, perbuatan ini Allah tidak suka, kalau tertidur lain cerita.
2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar), takut kalau-kalau najis dibawa keluar, akan mengotorkan seluruh rumah kita.
3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, makruh kerana ia membahayakan.
4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Ianya makruh dan mewarisi kepapaan.
5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
6) Jangan makan tanpa membaca 'basmalah' dan doa makan, nanti rezeki dikongsi syaitan.
7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut-takut kita mati dalam perjalanan.
8) Jangan pakai sepatu atau selipar berlainan pasangan. Sudahlah tak cantik, ia makruh dan mewarisi kepapaan.
9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap di selaputi dosa.
10) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
11) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia, kalau memang kita bersalah.
12) Jangan mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan kita dan hilang bahagia.
13) Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita, nanti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.
14) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
15) Jangan pula banyak ketawa, nanti mati jiwa kita.
16) Jangan biasakan berbohong, itu adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
17) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
18) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
19) Jangan pertikaikan kenapa Islam berkata jangan. Semuanya untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan