(185) Majlis Kenduri Tuan Guru Besar

Segak bergaya boss kita pada hari yang bersejarah ini. Tengok pada kain samping tu, sekali imbas macam En. Jamil (P. Ramlee) dalam filem Madu 3 pulak... jangan marre aa?

Kenal tak 2 orang yang sedang menikmati hidangan ini? Abg Lan & Abg Soh adalah di antara ribuan tetamu jemputan pada hari itu... Berselera sekali nampaknya.

Pada hari Ahad, 31 Mei baru-baru ini, Tuan Guru Besar SKSM, En. Ismail b. Ibrahim telah mengadakan kenduri walimatul-urus di rumahnya di Kampung Lepar, Limbat sempena perkahwinan anak perempuan beliau, Rosila bt. Ismail yang bertemu jodoh dengan jejaka dari Selangor, Mohd. Asyraf b. Ibrahim.

Para guru SKSM tidak ketinggalan untuk turut sama membantu mana-mana yang patut mengikut kemahiran masing-masing. Ada yang memasang khemah, ada yang memasang peralatan sistem siaraya, ada yang datang menyiang daging, ada yang menjadi jurukamera tak bertuliah, dan macam-macam lagi. Berkat iringan doa dan restu Ilahi, mjalis berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan.

Rombongan pengantin tiba lebih kurang jam 3 petang. Tapi.... nanti dulu! Tutup telinga! Ketibaan rombongan disambut dengan 10 das tembakan oleh pihak tuan rumah.

OK, dah selesai acara tembak-menembak, baru boleh jalan. Lain kali kalau nak cepat pakai aje senapang M16, laraskan setting pada Auto baru gempak!

Inilah dia pengantin lelaki... macho, kan? Semoga hubungan kalian kekal hingga akhir hayat

Rombongan pengantin lelaki tiba lebih kurang jam 03:00pm disambut dengan tembakan senapang 10 das ke udara. Bagai nak gugur jantung dibuatnya. Saya masa tu tengah pegang kamera, tak dapat nak tutup telinga, tahan aje lah... Akhir sekali, marilah kita sama-sama berdoa;

"Ya Allah ya Tuhan kami, dari setinggi dan seluas kasih sayang-Mu, kau limpahkanlah rahmat jua keampunan-Mu kepada pasangan pengantin ini. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan-Mu dari mula hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izin-Mu. Kurniakanlah mereka berdua ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan-Mu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Dengan taufik dan hidayah-Mu ya Allah, beruntunglah kedua-duanya dalam hidup di duna dan di akhirat, lebih-lebih lagi. Amin ya Rabbal 'Alamin."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan