(184) Cuti Penggal 1

Sekolah telahpun mula bercuti. Selamat bercuti diucapkan buat semua warga SKSM khasnya, dan warga pelajar dan pendidik di seluruh Malaysia amnya. Walaupun sekolah bercuti selama 16 hari, namun kelas-kelas SBT dan tuisyen UPSR berjalan seperti biasa. Pastikan semua kerja rumah tidak terbengkalai dan gunakan masa terluang dengan berfaedah. Di samping itu, peluang ini hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk merapatkan lagi hubungan dalam famili kita. Selain itu, utamakan kesihatan dan keselamatan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Sekali lagi diucapkan, Selamat Bercuti!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan