(179) Makanan dan Khasiatnya

Roti (Khubz)
Roti yang paling bagus ialah yang diperbuat daripada gandum yang baik dan dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan. Jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menjadikan perut sebu. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.

Jintan Manis (Anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya. Ia melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (Tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis dan boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (Hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (Mauz)
Boleh menyejukkan badan dan ia boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (Sya'ir)
Berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang menghidap demam.

Selasih (Manis Rayhan)
Berkhasiat untuk menguatkan organ hati. Ia juga memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (Zubdah)
Khasiatnya memanas dan melembapkan. Ia baik untuk menghilangkan sembelit. Jika dicampur dengan kurma dan madu, ia mampu menghilangkan rasa mengidam perempuan hamil.

Bunga Kobis (Qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (Babunaj)
Bunga liar ini berguna untuk melancarkan aliran haid dan kencing serta memanaskan badan.

Lobak Merah (Carrot)

Kegunaannya ialah untuk memanaskan badan serta melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji Hitam (Habbah as-Sawda')
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jadilah seperti biji habbatus-sawda' kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Dilaporkan juga, Allah menunjukkan bahawa "ia" itu ialah habatus-sawda' menghapuskan angin dalam usus dan demam, baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus serta untuk menghilangkan penyakit selesema.

Jintan Putih (Kammun)
Khasiatnya ialah untuk memanaskan badan. Jika direndam di dalam air dan diminum, ia baik untuk mengubat perut yang memulas.

Biji Kopi (Qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Ayam (Dajjaj)
Memudahkan penghadaman, membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun, jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit Kayu Manis (Darcini)
Merupakan pe man as badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir 3/4 penduduk dunia.

Limau Kulit Tebal, Warna Kuning Pucat, Kurang Berasid (Utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin; bagus dirasa dan bagus dihidu". Ia menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Mentimun (Qitta')
Timun yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Kurma Kering (Tamar)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar adalah rumah yang tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam tamar. Ia hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (Badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (Baidh)
Telur yang paling berkhasiat boleh didapati daripada telur ayam setengah masak atau masak, bukan yang direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

Endive (Hindiba')
Khasiatnya berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadis menyatakan, "Makanlah hindiba' dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Halba/Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika umatku tahu apa yang ada pada halba, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat halba membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut yang memulas.

Buah Ara Fig/Fin (Tiin)
Buah uang kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya, selain ianya enak, ia memanaskan badan. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah tin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Buah tin menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (Samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Jangan makan ikan yang tidak dimasak kerana ia sukar dihadam dan menyebabkan ketidakseimbangan badan.

Bawang Putih/Garlic (Thum)
Bawang putih elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk dan mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga. Walau bagaimanapun baunya agak busuk. Nabi s.a.w pernah bersabda, "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama kami."

Minyak Sapi (Samn)
Mengandungi banyak lemak tetapi ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat bagi makanan.

Halia (Zanjabil)
Dalam ayat 17, Surah al-Insan Allah berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil" .Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (Henna)
Terdapat banyak khasiat, antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.

Madu Lebah ('Asal)
Jika dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w, "Demi Allah yang aku dalam genggaman-Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar daripadanya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang ('Adas)
Semua jenis kekacang mengeluarkan kekeringan dan hendaklah dimakan sedikit sahaja kerana ia tidak baik untuk perut.

Salad (Khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (Lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Walau bagaimanapun, dikatakan bahawa orang yang memakan daging 40 hari berturut-turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain, makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ia bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur 1-2 tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa dan yang kukunya mencengkam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan