(178) Haiwan Peramal Cuaca

Sebenarnya haiwan bukannya meramal cuaca sebaliknya mereka sangat peka terhadap perubahan cuaca sehinggakan dengan segera mampu menyesuaikan diri dengan keadaan lingkungan. Tingkah laku ini hanya berlaku untuk jangka pendek saja.

Walau bagaimanapun, ianya hebat bukan? Kita tentu tidak pernah terfikir bahawa haiwan begitu peka terhadap perubahan cuaca malahan mampu dijadikan petunjuk atau petanda perubahan musim atau cuaca. Kita tentu masih ingat peristiwa-peristiwa yang melibatkan haiwan sejurus sebelum berlakunya Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu, misalnya peristiwa gajah pembalak yang lari menjauhi pantai di Thailand, penyu dan jutaan ikan mendekati tebing, dsb.

Sekarang mari kita lihat satu persatu haiwan yang dikatakan mampu dijadikan sebagai peramal cuaca;

Beruang
Beruang yang hidup di kawasan bermusim dingin akan tidur panjang saat musim dingin (hibernasi). Walau bagaimanapun, jikalau ia terbangun dari tidurnya yang panjang, itu petanda yang musim dingin akan segera berahir.

Lebah
Jika musim dingin akan tiba, lebah akan membina sarang mereka lebih tinggi daripada biasa. Jika ia berterbangan jauh dari sarangnya, itu memberi petanda yang cuaca akan baik.

Ulat Beruang Wolly
Kalau bulu ulat beruang Wolly (wolly bear caterpillar) sudah bertukar warna kepada cokelat, ia bermaksud musim dingin yang hebat akan tiba tak lama lagi.

Marmot Tanah
Di Amerika terdapat Hari Marmot Tanah (Groundhog Day) pada setiap 2 Februari. Kalau marmot tanah ini muncul pada saat itu, bererti musim dingin akan berahir paling lama 6 minggu, namun jika ia tidak muncul bermakna musim dingin masih panjang dan lama lagi untuk berakhir.

Burung/Angsa Liar
Menjelang musim dingin, burung-burung yang biasa berkeliaran di negara-negara 4 musim ini biasanya akan menghilang. Ke mana mereka? Untuk sementara waktu burung-burung itu akan bermigrasi ke tempat yang suhu yang lebih hangat. Saat musim dingin di sesuatu tempat itu akan berakhir jika terdapat burung-burung ini datang ke tempat tersebut.

Belalang
Di Jepun kedudukan telur belalang sering menjadi perhatian. Jika kedudukan telur belalang lebih dalam daripada biasa, itu bermakna musim dingin yang hebat akan melanda, tetapi jika telur belalang di dalam tanah itu tidak begitu dalam bermakna musim dingin tidaklah terlalu buruk.

Katak
Jika suara katak kedengaran semakin kuat itu tandanya musim hujan akan tiba. Suara keras itu disebabkan mereka harus bernafas. Katak menghirup udara dengan mengembang kempiskan lehernya. Pada musim hujan, meskipun katak bernafas dengan paru-paru namun ia tidak dapat menggembungkan paru-parunya. Jadi, sewaktu udara lembab, katak sukar bernafas lalu ia mengeluarkan bunyi dengan keras melalui leher.

Mawas (Hylobates moloch)
Ia sering kali memberikan tanda jika ada ribut di lautan. Para nelayan di Thailand sering membawanya ke laut. Jika terdapat tanda-tanda berupa teriakan atau kegelisahan dan tak boleh diam maka nelayan cepat-cepat akan pulang ke pantai.

Lalat
Pada saat akan turun hujan, lalat-lalat akan hinggap di dinding manakala pada saat cuaca baik lalat-lalat akan berterbangan bebas di mana-mana.

Labah-Labah
Saat cuaca buruk labah-labah seringkali menghilang. Ia akan diam di tempat yang aman dan tersembunyi. Namun apabila cuaca baik ia akan keluar dan mulai membuat sarang lagi.

Semut
Sama seperti labah-labah semut tidak akan keluar dari sarangnya di dalam tanah sewaktu cuaca buruk, sebaliknya jika cuaca baik mereka akan keluar dan berbaris ke sana sini mencari makan.

Nyamuk
Kalau terdapat banyak nyamuk yang mengganggu dan menggigit kita di pagi hari, itu petanda akan turun hujan manakala apabila matahari terbenam dan banyak nyamuk berterbangan itu tandanya cuaca baik.

Siput
Kononnya apabila cuaca buruk akan tiba, siput akan merayap dengan lebih cepat.

Kelawar
Kelawar tidak akan keluar dari sarangnya apabila cuaca buruk. Namun jika mereka berterbangan pada waktu senja itu tandanya cuaca baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan