(180) Lawak Sengal: Yang Hitam Atau Yang Putih?


Pak Mat seorang penternak/penggembala. Dia mempunyai beratus-ratus ekor kambing biri-biri yang berbulu hitam dan berbulu putih. Setelah menerima Anugerah Hari Peladang kerana kejayaannya dalam bidang penternakan, dia kemudiannya didatangi seorang wartawan.

Wartawan : "Pak Mat, boleh saya tanya beberapa soalan?"
Pak Mat : "Oh, boleh saja."
Wartawan : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Pak Mat : "Yang mana? Yang putih atau yang hitam?"
Wartawan : "Ermm... kalau yang putih"

Pak Mat :"Oh, yang putih berjalan lebih kurang 6km setiap hari"

Wartawan : "Kalau yang hitam?"
Pak Mat : "Yang hitam pun samaaa...."

Wartawan : "Berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Pak Mat : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Wartawan : "Yang putih."
Pak Mat : "Ahh, yang putih makan lebih kurang 4kg rumput setiap hari."
Wartawan : "Dan yang hitam?"
Pak Mat : "Yang hitam pun samaaa....."

Wartawan : "Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Pak Mat : "Yang putih atau yang hitam?"
Wartawan : "Yang putih."
Pak Mat : "Aaa... menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar 500kg bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Wartawan : "Dan yang hitam?"
Pak Mat : "Yang hitam pun samaaa....."

Wartawan : (Dengan perasaan geram ) "Pakcik!!! Kenapa pakcik selalu membezakan biri-biri pakcik, yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya? Padahal jawapan semuanya sama saja!!!"
Pak Mat :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Wartawan : "Ooo, begitu, fahamlah saya... Kalau macam tu, yang hitam tu siapa punya?"
Pak Mat : "Yang hitam pun samaaa... saya punya juga"

Wartawan : Arrgggghhh!!!!!! (bengang sambil berlalu dengan muka yang merah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan