(177) Kedai Koperasi Sekolah


Kelihatan Cgu Hj Masrof sibuk melayan pelanggan

Kedai Koperasi Sekolah terletak di Blok A iaitu berhampiran dengan dewan sekolah. Saiz atau ruang kedai koperasi ini agak terhad untuk menampung bilangan pelajar yang mengunjungi serta untuk penyimpanan stok barang-barang. Walau bagaimanapun, di situlah Cgu Hj. Masrof b. Adnin menghabiskan kebanyakan waktu rehatnya dengan melayan para pelajar yang memerlukan keperluan pembelajaran. Cgu Masrof atau panggilan mesranya 'Wak' dalam kalangan guru-guru, turut dibantu oleh beberapa orang petugas yang telah dilantik.

Memandangkan ruang yang sempit, beliau sentiasa mengingatkan para pelajar agar sentiasa meletakkan barangan yang tidak diperlukan, mengangkat barangan yang terjatuh ke tempat asal, tidak berebut-rebut semasa memilih barangan dan memaklumkan kepada petugas jika barangan itu telah rosak. Selain itu, pelajar-pelajar juga diminta mengambil barangan dengan sopan dan tidak membuat bising, berjumpa dengan petugas jika barangan yang dikehendaki tidak mencukupi serta mencuba barangan (pen) secara bijaksana.

Semasa membuat membayar, kebanyakan pelajar menjadi tidak sabar sehingga menyukarkan petugas di kaunter. Kadangkala petugas menjadi keliru dalam melayani sikap dan tingkah laku mereka. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah memperbetulkan diri sebagai pengguna yang bijak, misalnya berbaris dengan betul, memberi kerjasama kepada petugas, menyusun barangan yang telah dipilih, mengisytiharkan barang yang telah dipilih atau memarahi petugas koperasi.

Sebelum meninggalkan koperasi, sila semak wang baki (nyucor) yang telah diterima. Pelajar yang bijak berurusniaga akan mengira baki wang sebelum meninggalkan kaunter. Ketika melangkah keluar ingatkan diri sendiri supaya tidak membuang sebarang pembalut atau tanda harga. Jika tindakan ini dilakukan maka sampah-sarap akan bertaburan di pintu masuk kedai koperasi. Ini bukan sahaja membebankan petugas ketika itu tetapi juga mencemar nama baik kedai koperasi di dalam mempelbagaikan perkhidmatan. Sebaliknya, kita hendaklah sama-sama mengutip sampah yang ada dan sama-sama menegur pelajar lain yang melakukan kesilapan ini.

Peraturan-peraturan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kepada guru dan petugas koperasi di dalam menggerakkan koperasi mengikut jangka masa yang ada, misalnya petugas tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyusun dan mengemas kedai buku. Prinsip utama yang cuba diketengahkan oleh adab di peringkat ini ialah kejujuran, amanah dan sadik. Melalui amalan ini, setiap pelajar tidak belajar berbohong pada diri sendiri, menghormati dan tidak mengambil hak orang lain. Kelebihan-kelebihan yang diperoleh melalui amalan ini akan mematangkan pemikiran kita dalam membuat sesuatu keputusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan