(141) Lagi 10 Tip Untuk Melihat Anak Berjaya (Sambungan)

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah hari jadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
Memang ada sesetengah kanak-kanak perlu diajar beberapa kali barulah mereka faham. Jangan marah jika mereka melakukan kesilapan agar tidak terbantut proses pembelajaran mereka.
13. Luangkan masa bersama anak di luar rumah
Peganglah tangan mereka apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kehadiran mereka adalah penting dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah cerita tentang mimpi yang mereka alami
Mimpi ngeri anak-anak adalah suatu yang real dalam dunia mereka. Jadilah pendengar setia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
Mereka dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam
Biasakan memberi salam sebelum tidur serta satu ciuman selamat malam.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan beranggapan bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dengan itu mereka juga akan terasa kurang kasih sayang apabila kita menumpukan kepada masalah lain. Biasakan menolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri berikan latihan dan perhati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari apa yang cikgu dia ajar.
19. Beri tumpuan jika anak menangis
Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk menarik perhatian. Bagaimanapun dengarilah mereka.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Semoga semua yang membaca akan dapat manfaatnya. Sama-samalah la kita berdoa agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak.

3 ulasan:

  1. sitikhadijah11/5/09 11:12 PG

    cuma mybe saye rs nak tambah sikit ar..kalau nak pantau homework anak2 kecil ni..make surelah kita dh readykan diorang punye dinner awal2..and by kul 8.30 dah start blaja...kalau anak sorang xpe..leh spend the whole time kat dia sorang je..kalau anak yg bsekolah dah 2,3 org..x smpat nak attend to all...so kena start blaja awal, n then diorg leh tido awal...xdela tkulat2 nak bangun tido esok paginye..(sy bg tips ni bukan ape..sbb my sis suka sgt msk dinner for her children..so bila sy nak bg tusyen...lambatlah startnye..then if ape yg kita ajar tu sng budak2 tu fhm xpelah..kalau nak kena ulang byk2 kali, kan dah makan byk masa...)

    hehe...just a small rememberance frm me...sekian. .

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum wbt..
    Statement 15 is so true..i read bout it before and my son feel happy and satisfied each time i asked him to decide wheather to keep or throw his old junks.Parents should ask for their permission, it's good to give them authority to make decision. Ths actually will stimulate them to think and be more independent.

    BalasPadam
  3. EnterSandman18/5/09 8:36 PTG

    Kadang2 kita tak terperasan pun dg benda kecik mcm tu kan?

    BalasPadam