(140) 10 Tip Untuk Melihat Anak Berjaya

Ibu bapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak-anak. Berikut adalah beberapa tip yang dikemukakan oleh Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang menonjol berbanding rakan sebaya mereka;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
Panggilan atau gelaran menggunakan nama yang tidak baik akan menyebabkan anak malu dan rendah diri.
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari
Terdapat kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat. Pelukan yang diberi menyebabkan mereka tahu yang kita sayangkan dia.
3. Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang
Pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berikan pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Ini akan menggalakkan mereka untuk mengulanginya.
5. Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tidak akan kembali. Jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Jangan mengeluh dalam membesarkan dan mendidik anak-anak
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Jika kita tidak mahu kesunyian di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda
Dengarlah cerita mereka kerana cerita itu tidak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Berikan mereka masa dan tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya melayan anak-anak bercakap.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
Ada ketika mereka akan berselisih faham dama ada dengan adik-beradik mahupun dengan kawan. Bantulah sedaya upaya kita supaya mereka tidak merasa sendirian dalam menyelesaikan masalah. Mungkin bagi kita masalah itu kecil tapi bagi mereka ia merupakan mega.
10. Tunjukkan kepada bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Jika berlaku sesuatu keadaan, tunjukkanlah bagaimana kita menghadapinya dengan tenang dan mereka akan menirunya. Jangan kita pula yang kelam-kabut dan menggelabah. Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan