(130) Tanbihul Ghaafiliin

Sekadar Mengingatkan ..

Kubur Menyeru Manusia 5x Sehari
1. Aku adalah rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran.
2. Aku adalah rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah' supaya kamu dapat menjawabnya.

5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

4 Perkara Dipandang Sebagai Ibu
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Terdapat
4 perkara di pandang sebagai ibu iaitu;
1. Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan.
2. Ibu dari segala adab adalah sedikit berbicara.
3. Ibu dari segala ibadat adalah takut berbuat dosa.
4. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat
1. Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
2. Zuhur : Tidak diberikan keberkatan dalam rezekinya
3. Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
4. Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya
5. Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan