(129) Sin Chan dan Gurunya


Soal Jawab Guru dan Sin Chan

Guru: Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, 'Sekolah di hadapan, jalan pelahan'.

Guru: Sin Chan, macam mana awak eja perkataan 'BUAYA'?
Sin Chan: B-O-O-W-A-Y- A
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah, tapi Cikgu tanya saya macam mana saya
mengejanya, itulah yang saya eja!

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: HIJKLMNO!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!!?

Guru: Sin Chan, pergi ke Peta Dunia di belakang tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat belakang kelas!
Guru: Betul... Sekarang kelas, beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

Guru: Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?
Sin Chan: Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama.

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru!
Sin Chan: Ya, betul Cikgu. Saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan