(125) Cgu Man Semakin Sembuh


Alhamdulillah, Cgu Ruzman telah discaj dari hospital dan kembali ke rumah semalam. Tengah hari tadi saya sempat berkunjung ke rumahnya bersama-sama Cgu Hj. Jamil & PK1, Cgu Hj. Zakaria. Walaupun menyambut kami dengan ceria, namun Cgu Man masih agak lemah dan memerlukan lebih rehat di rumah. Tidak lama kemudian, tiba pula segerombolan anak-anak murid Cgu Man dari kelas 6 Bestari 1 datang menziarah guru kesayangan mereka. Kami tidak lama di rumah Cgu Man kerana bimbang akan mengganggu waktu rehat beliau.

Didoakan semoga Cgu Man segera sembuh seperti sediakala dan sentiasa beroleh kesihatan untuk hari-hari mendatang seterusnya dapat kembali ke sekolah. Ramai anak-anak murid menunggu kerana dahagakan ilmu dan tunjuk ajar dari Cgu Man.


*****

Doa Untuk Sahabat

Ya Allah,
Panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya, dan terangilah hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya kepada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin,
Jagailah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu. Ya Allah, jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu. Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan