(120) Penjagaan Kesihatan: Cara Rasulullah (sambungan)

1. Hendaklah mandi pagi sebelum Subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul.
2.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan ais) pada setiap pagi. Mujarabnya, insayallah dijauhkan dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Sewaktu bersembahyang Subuh disunatkan kita bertafakur (sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di dalam kepala yang tidak dipenuhi darah tetapi hanya dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang-ruang berkenaan.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Dalam hal ini, ahli saintis telah mendapati bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari iaitu 10 kali ganda daripada yang terdapat dalam air liur (enzim ialah sejenis alat percerna untuk menghaamkan makanan.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan