(121) Al-Kisah : Suami Yang Kedekut Amat


Ada sepasang suami isteri yang sudah agak lama berkahwin. Si suami teramatlah kedekut, bukan setakat tahi hidung je masin, tahi mata pun masin juga. Salah satu aktiviti tahunan mereka sempena hari ulangtahun perkahwainan mereka ialah mengunjungi pameran udara. Pada tahun pertama, si isteri teringin sangat untuk menaiki sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.

"Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ini?" tanya si suami.

"Tak mahal encik, cuma RM50 aje untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh.... mahalnya, tak jadilah saya nak naik," jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ.

Pada tahun berikutnya, mereka berkunjung lagi ke pameran udara itu. "Kali ini, kalau bayaranya kurang dari RM50, kita naik ye?," kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam.

Mereka menuju ke pesawat yang sama seperti tahun lepas dan berjumpa dengan pilot yang sama. Seperti yang dijangkakan, bayarannya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat itu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?"

"Aku cuma nak bayar bawah RM50 aje," jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, encik boleh naik pesawat ini dengan bayaran RM20 sahaja tapi dengan satu syarat. Semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga saya akan kenakan bayaran tambahan RM80 lagi," jawab pilot tadi.

"Baiklah, saya setuju," jawab si suami bersungguh-sungguh.

Maka mereka pun naiklah pesawat tu. Pilot tadi pun memang ada niat lain sebenarnya. Dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buatlah aksi-aksi akrobatik yang diakui berbahaya. Maca-macam2 aksi yang dilakukan, tetapi agak menghairankan kerana suami isteri yang duduk di belakang sedikit pun tidak mengeluarkan suara, apatah lagi menjerit.

Setelah muslihat yang dibuatnya tidak berjaya, akhirnya pilot itu pun mendaratkan pesawat. Rasa rugi pula sebab hanya dapat RM20 sahaja. Setelah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu.

"Ehh? Mana isteri encik?" tanya pilot tiu terkejut. "Dia dah jatuh masa kau berpusing-pusing tadi laa...!!!!!!"

"Hahh??? Habis tu, kenapa encik tak cakap?"

"Kalau aku cakap rugilah aku. Nanti kena tambah bayaran pulak," jawab si suami selamba sambil menghulurkan RM20 kepada pilot tadi dan terus berlalu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan