(119) Penjagaan Kesihatan: Diet Rasulullah


Menurut satu email yang pernah pernah saya terima, beliau pernah mengikuti satu ceramah oleh seorang ustaz yang berbincang tentang diet Rasullulah s.a.w. Menurutnya, Rasullulah tidak pernah mendapat sakit perut sepanjang hayatnya kerana tahu menjaga pemakanan. Terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi tentang pemakanan iaitu;

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU (contohnya koktel)

Perkara-perkara lain yang juga perlu diberi perhatian ialah;
1. Jangan makan buah-buahan selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu sebelum makan nasi.
2. Tidur 1 jam pada waktu tengah hari (sesudah makan). Saranan agar tidur waktu tengah hari terdapat dalam hadis-hadis Nabi.
3. Jangan tinggalkan makan malam. Meninggalkan makan malam menyebabkan diri dimakan usia dan kolesterol dalam badan berganda.


Di dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut, (misalnya ayam dengan ikan). Ini terbukti oleh saintis yang menemui kandungan ion (+) di dalam badan ayam manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan kita bercampur ayam dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus kita. Kenyataan-kenyataan di atas mungkin kelihatan agak pelik, tapi cubalah. Kesannya bukan dalam waktu terdekat ini sebaliknya apabila kita sudah tua nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan