(108) Ujian Berkala Berpusat (UBB)

...dan Ujian Bulanan pun datang lagi. Cgu Asmadera selaku Setiausaha Peperiksaan kembali sibuk, kembali mengah. Semua guru mengucapkan selamat menduduki Ujian Bulan April ini. Semoga berjaya kami semua harapkan. Minggu ini merupakan minggu perjuangan bagi semua pelajar untuk mendapatkan kejayaan setelah bertungkus lumus menuntut ilmu sepanjang beberapa bulan ini. Ujian ini menjadi kayu pengukur untuk melihat sejauh mana p&p yang dijalankan berjaya mencapai sasaran di samping memastikan pelajar-pelajar benar-benar mendalami ilmu yang dipelajari. Panjatkanlah doa kepada Allah s.w.t semoga dipemudahkan urusan semasa menjawab soalan-soalan. Yang paling penting adalah para pelajar Tahun 6 yang merupakan calon UPSR pada September nanti. Kami para guru ingin melihat bilangan pelajar yang mendapat 5A untuk dijadikan penawar pengubat lara apabila tidak ada yang berjaya pada UBB yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan