(109) Adam Membanggakan SKSM


Pasukan bola baling sekolah, di bawah jurulatih Cgu Wan Abdullah & Cgu Saufi telah menyertai pertandingan di Peringkat QIT Melor pada 28 Mac yang lalu bertempat di SK Bechah Keranji. Pasukan perempuan hanya berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sahaja tetapi pasukan lelaki telah berjaya menjadi Johan. Tujuh pemain sekolah telah terpilih untuk mewakili QIT Melor dan menyertai pertandingan di Peringkat MSSD Kota Bharu yang berlangsung pada 4 April di SK Kem Desa Pahlawan. Pasukan QIT Melor hanya berjaya mendapat tempat ke-3 sahaja. Walau bagaimanapun, seorang pemain kita, Adam telah terpilih untuk mewakili Kota Bharu ke Peringkat MSSK Kelantan yang berlangsung di SMK Paloh, Gua Musang pada 24 & 25 April baru-baru ini. Walaupun pasukan Kota Bharu hanya memenangi Pingat Perak, namun kejayaan Adam melayakkan diri sebagai peserta ke peringkat tersebut amat membanggakan pihak sekolah. Semoga SKSM dapat melahirkan lebih ramai bakat-bakat yang mampu ditonjolkan ke peringkat yang lebih tinggi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan