(105) 25/04/09 LDP Kali Ke-2

Selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Teras 5 PIPP untuk memartabatkan profesion keguruan serta matlamat Rancangan Malaysia ke-9 untuk memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, maka SKSM dengan berbantukan tenaga pakar dari Institut Pendidikan Guru (IPGM) Malaysia Kampus Kota Bharu telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali kedua pada 25 April baru-baru ini bertempat di IPGMKB, Pengkalan Chepa bermula dari jam 08:00am hingga 04:00pm.

Program ini juga dianjurkan dengan merujuk kepada usaha Kementeria Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti tinggi (kompeten) dalam
bidang ilmu pengetahuan, amalan pedagogi serta memahami matlamat pendidikan di samping dapat mempraktikkannya di dalam p&p melalui pemantapan latihan perguruan. Bersesuaian dengan prinsip perkembangan profesional berterusan maka usaha yang lebih berkesan melalui LDP digembleng bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan guru terlatih secara berterusan untuk menghadapi perubahan-perubahan dalam sistem pendidikan.

Sebagaimana tentatif, majlis yang dipengerusikan oleh Cgu Suria dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Kamaruzaman diikuti ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Be
sar dan seterusnya ceramah "Pedagogi P&P" oleh Pensyarah Kanan IPGM, Kota Bharu, Tn. Hj. Zohari b. Muda. Selepas rehat, majlis kemudiannya diagihkan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Guru-Guru ETeMS bertempat di Dewan Seminar LDP dipengerusikan oleh Cgu Ainuddin telah mengikuti ceramah "Pedagogi ETeMS" yang disampaikan oleh Pensyarah Science, En. Su How Yong dan Pensyarah Mathematics, Pn. Faridah bt. Darus manakala Kumpulan kedua iaitu Kumpulan Guru-Guru PAI & j-Qaf yang dipengerusikan oleh Ust Kamaruzaman mengikuti ceramah "Pedagogi P. Agama Islam" yang disampaikan oleh Pensyarah P. Agama Islam, Pn. Kamilah bt. Mohamad.


Laporan Oleh;
Cgu Rozman b. Hj. Ibrahim,
Penyelaras LDP SKSM


*****

Suatu peristiwa yang melucukan berlaku apabila terdapat seorang guru tersalah masuk. Beliau telah memasuki dewan di mana pelatih-pelatih IPGM sedang menduduki Ujian Muet. Nasib baik salah seorang guru di sekolah ini juga merupakan pengawas peperiksaan tersebut. Beliau telah memaklumkan tentang salah masuk melalui sms lalu guru itu pun beredar dengan segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan