Kenderaan para guru dan ibu bapa yang memenuhi setiap ruang menandakan kehadiran yang menggalakkan
(1) Sehingga setengahnya terpaksa 'parking' di luar pagar (2) Ketibaan YDP PIBG (3) Di antara guru2 yang hadir. Cgu Lee bertugas bertugas di bahagian siaraya manakalah Cgu Wan Lah untuk persembahan Powerpoint (laptop & projektor LCD) (4) Yang DiPertua PIBG, Tn. Hj. Nik Aziz (5) Cgu Hjh Faizah bersama rakan2 menyediakan minuman
Solat hajat diimamkan oleh Ust Kamaruzaman
Bacaan doa
Bacaan Yasin
Ceramah Tuan Guru Besar
Solat hajat diadakan bermula pada awal tahun kerana menginsafi betapa kita digalakkan berdoa sepanjang masa, malah kita jua tidak tahu doa kita yang mana satukah yang akan diterima dan dimakbul oleh-Nya. Sebagaimana Nabi Adam a.s yang terpisah dengan Hawa setelah diturunkan ke muka bumi ini, saban hari mereka berdoa sehinggalah doa mereka dikabulkan apabila mereka ditemukan semula di Jabal Rahmah, itupun setelah beratus-ratus tahun terpisah. Begitu jugalah kita, walaupun UPSR masih berbaki kurang lebih 225 hari, namun panjatkanlah doa bermula dari hari ini, insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan