Siti Murihah, 6A1
Sebaik sahaja murid-murid selesai menyanyikan rangkaian 3 buah lagu, kelihatan sebuah kereta polis tiba di perkarangan sekolah. Kedatangan 2 pegawai polis disambut oleh Tuan Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan serta Guru Kanan Disiplin. Mereka ialah Chief Inspektor Azhar b. Mohamad (Ketua Balai Kubang Kerian) diiringi oleh Koperal Zainal b. Abidin Abdul Rahman (Balai Polis Melor).
Tenang mengikuti program pelantikan Pengawas
Bacaan doa memohon keberkatan dalam majlis
Majlis yang dipengerusikan oleh Cgu Rozman b. Ibrahim itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Kamaruzaman b. Awang diikuti ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar, En. Ismail b. Ibrahim. Beliau mengakui Pengawas memainkan peranan penting terutama dalam mengawal murid. Sijil Pelantikan yang akan disampaikan nanti adalah bernilai dan dapat membantu dalam memohon kemasukan ke sekolah berasrama penuh nanti. Beliau turut mencadangkan agar Jawatankuasa Disiplin merangka 1 lawatan sama ada bertemakan anti dadah, kerjaya mahupun kepolisan.
Tuan Guru Besar
Ucapan perasmian
Bersedia untuk dipanggil ke hadapan
Seterusnya ucapan perasmian oleh Chief Inspektor Azhar. Banyak kata-kata nasihat yang disampaikan, di antaranya Pengawas perlu berani menegur, berani bertindak, menjadi mata kepada pihak sekolah. Beliau turut menyentuh tentang pelanggaran undang-undang oleh para pelajar termasuklah jenayah juvana & di jalan raya.
Dataran Bendera SKSM
Para Pengawas dan Perpustakawan
Penyampaian watikah untuk Ketua Kelas
Penyampaian watikah bagi Perpustakawan
Barisan Pengawas yang menerima watikah pelantikan
Lafaz ikrar untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah
Penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan
Bergambar bangga bersama watikah pelantikan masing-masing
Hidangan nasi dagang
PENGAWAS SEKOLAH
Penyelaras:
Cgu Mohd. Ainuddin b. Abdullah
(Guru Disiplin)
Ketua Murid:
Muhammad Ali b. Mohd. Hasni
Penolong Ketua Murid I:
Nur Anis Fatihah bt. Saiful Azwal
Penolong Ketua Murid II:
Siti Murihah bt. Ilias Shukri
Bilangan Pengawas:
L=33, P=53 (Jumlah = 86 orang)
PERPUSTAKAWAN
Penyelaras:
Cgu Suria bt. Ismail
(Penyelaras Pusat Sumber)
Ketua Perpustakawan:
Ketua Perpustakawan:
Muhammad Aidiel Amri b. Yusof
Penolong Ketua I:
Penolong Ketua I:
Muhammad Irfan b. Hj. Sauti
Penolong Ketua II:
Penolong Ketua II:
Nur Athirah bt. Zulbahri
Bil. Perpustakawan:
Bil. Perpustakawan:
50 orang
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuXPXAMmGgJ5HMVD2n2KqdHctiTjH50tsCXOulkaUF3O42d8AxYdDGvVC7oHPqLcxiQM3zaTLWuUilkztL4wTBwBe90kqGfKni2GR6h2ItGnCsLv4wHBn-xwoJJa1668spQGWrl12c4Yso/s320/SANY0019.JPG)
Cgu Saufi sebagai jurufoto
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijeBSolcnxXo1ypQSfeeYpCxVUB4gmjrvIbijhGFO7hx4f4XCddQ_lBL9jRwlvdf5VZOUTsQhOGdjBooqr6-mbNnh5LIGbRHvuRv13IWVF7iqxD1u7XszV4o6nd2uS9-_bRgOnfY_vT9XV/s400/SANY0026.JPG)
Cgu Aniza membetulkan tanda nama salah seorang penerima watikah
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVrZTQEkOeTgLv3yQQv4yOaVrmd814JtjJTBOFRCllxcuRxlTYvQ6NkVYFsswER99_nQfV1ELRZ-qsTg2-o1MhvYX_hpJ7UT3GTYcVf5a1u7K43BZpWCHtaHqVsOSPLDnWhJs-zaalXv2j/s320/SANY0029.JPG)
Cgu Hj Mokhjamil terlalu asyik mendengar ucapan sampai tak sedar mulut terbuka
Sebahagian guru wanita yang mengikuti perjalanan majlis
Cgu Saufi sebagai jurufoto
Cgu Aniza membetulkan tanda nama salah seorang penerima watikah
Cgu Hj Mokhjamil terlalu asyik mendengar ucapan sampai tak sedar mulut terbuka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan