(372) Selamat Bertemu Kembali

Salam untuk semua. Setelah hampir 2 bulan menyepi, kini kita bertemu lagi di laman blog SK Sri Melor. Tempoh 2 bulan bukanlah suatu yang terlalu lama tetapi bukan juga terlalu sekejap kerana dalam masa 2 bulan itu bermacam-macam cerita dan peristiwa telah berlaku sama ada kepada dunia, kepada negara kita Malaysia, kepada negeri Kelantan dan kepada individu kita-kita semua.

Daripada Tuan Guru Besar sehinggalah kepada Abang Lan kerani, rakan-rakan di KL dan anak-anak saudara di Negeri 9 bertanya bila nak sambung cerita di blog? Saya tak berani menjawab kerana tak tahu bila akan ada masa untuk berblog. Saya ada 1 blog untuk sekolah, 1 blog untuk kawan-kawan dan 2 blog famili. Kalau takde salah satu daripada yang berikut ni, susah untuk menulis. Pertama berita, kedua cerita, yang ketiganya gambar foto, keempat 'mood' dan keupayaan, kesihatan, kudrat, dan yang paling penting sekali ialah masa.

Percaya atau tidak, di antara sebab saya lambat hantar posting ke blog ialah kerana lupa password....

5 ulasan:

  1. berat, boleh terlupa password. kena minum air zam zam banyak tu.

    BalasPadam
  2. hehee... kalau dah byk sgt ID & password, mcm tu lah jadinya. bila dah ingat ID, x tahu pulak yg mana satu passwordnya. Mungkin juga krn dkt 2 bln x usik komputer. lgpun semasa berada di sana, mmg x ingat lgsung pasal komputer...

    BalasPadam
  3. salam.cikgu handle 3 blog dalam 1 masa dan semuanya di-update..tahniah cikgu.. =)

    BalasPadam
  4. itu laa... susah jgk nak allocate masa kerja dg masa utk menulis blog. tp apakan daya, terlajak berblog x boleh diundur. nasuha skrg menuntut d mana?

    BalasPadam
  5. betul2..sy pun tengah usaha bagi masa utk ber-blog..kadang-kadang ketagih nak menulis,tapi tak cukup masa..huhu
    sy di Jordan skrg ni cikgu..sekali dengan Syakir & Hamdi kat sini..
    tengok artikel UPSR tu,debar jugak rasa.Adik sy UPSR tahun ni.huhu.

    BalasPadam