(58) Aksi Guru-Guru

Cgu Aniza, Cgu Che Gayah & Teacher Yap
di kaunter pencatat pemenang

Ust Mazeni sangat gembira apabila ramai anak
buahnya menang

Ust Zaiton memberikan 'pose' istimewa khusus untuk ahli-
ahli rumah Kuning yang telah mengharumkan nama pasukan itu

Cgu Suzanan sedang mengumpul maklumat untuk
dijadikan bahan dokumentasi

Cgu Ainuddin yang sangat berbangga kerana murid-
murid menjalankan aktiviti dengan penuh disiplin

Setiausaha Ko, Cgu Najib dan Setiausaha Sukan,
Cgu Shukran turut gembira atas kejayaan menganjurkan
acara Merentas Desa tanpa sebarang masalah

PKKo. Pn. Hjh. Zaini merupakan orang yang paling
berpuas hati... lihat sahaja senyuman kepuasan yang
terukir di bibir

Aku? Yaa, inilah kerjaku seharian pada hari ini.
Ke hulu ke hilir membimbit kamera merakam
gambar. Orang tak suka kita tak tahu.

(57) Marsyal Terhebat Abad Ini

Dalam acara Merentas Desa, selain daripada bantuan kawalan trafik oleh anggota polis yang diundang khas dari Balai Polis Melor, peranan Marsyal juga tidak kurang pentingnya. Selain menjadi penunjuk arah jalan, mereka juga berkhidmat perintis untuk 'membuka jalan' agar pengguna lain memperlahankan kenderaan dan memberi jalan kepada para peserta. Daripada 6 orang Marsyal yang bertugas, hanya 5 yang sempat dirakamkan. Kita saksikan aksi-aksi mereka;

Ustaz Fadhil memang merupakan seorang marsyal
yang berkaliber. Badannya yang tegap dan sasa dengan
menaiki Honda EX5, dia mampu mengawal trafik
dengan baik

Pengalaman luas dalam bidang memancing telah
digunakan sebaik mungkin oleh Cgu Rosli dalam mengawal
trafik. Walaupun kedua-dua bidang itu tidak saling berkaitan
namun beliau bijak mengolahnya sehingga para peserta
selesa berlari di belakangnya.

Kelihatan Cgu Asri meninggalkan jauh peserta-peserta
di belakangnya hingga tidak kelihatan seorangpun murid-
murid di situ. Mungkin juga beliau menyangka yang beliau
sedang berlumba dengan murid-murid di belakangnya itu...

Ust Kamaruzaman mampu menunggang motorsikal
hanya dengan sebelah tangan sahaja. Memang gaya
beginilah yang menjadi kegemaran beliau sejak dari
dulu lagi.

Setelah berkejaran dari pagi, akhirnya jurukamera
dapat juga mengambil gambar Marsyal yang ke-5 ini.
Aksi beliau yang suka cilok dan sesekali membuat aksi
'wheely' membuatkan para mat rempit di kawasan sekitar
merasa gerun kepadanya. Sikap beliau inilah yang
membuatkan saya letih mengejar beliau untuk
mendapatkan rakaman foto ini.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan buat para Marsyal yang telah menjalankan tugas dengan penuh komited walaupun petrol terpaksa diisi sendiri. Komitmen yang ditunjukkan telah meyakinkan pihak penganjur dan pastinya mereka ini akan diberi tawaran untuk tugas yang sama dalam acara Merentas Desa tahun hadapan.

(56) Kita Minum Duluuuu.....

Ustaz Man selalunya tak boleh dipisahkan dengan kopi Radix,
tapi kali ni nampak jernih aje... guano ni syeikh? Takkan
sarapan dengan air mutlak aje kot...

Setiausaha Sukan 'maintain'... Setelah berpenat lelah selama
beberapa hari, akhirnya acara merentas desa dapat dijayakan
hasil kerjasama para guru dan juga pihak pentadbir

Ust Fadhil, hang jangan dok ekk noo... Walaupun Rumah Hijau
Naib Johan kali ni, tidak mustahil Rumah Merah memecut laju
memotong Hijau di persada juara. Caya takk...?


Ust Saiful tetap 'cool' walau dalam apa jua keadaan

Cgu Saufi akhirnya menjamah makanan setelah rumah pasukannya
memenangi acara merentas desa di mana sebelum ini beliau sudah 3 hari
tak lalu makan akibat prestasi turun naik Rumah Hijau.

Inilah yang dikatakan dalam bidalan, "Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah". Bukan apa, selepas sama-sama berpenat lelah memastikan program merentas desa dilaksanakan dengan jayanya, kemudian sama-samalah kita menjamu selera pula. Tak gitu???

(55) SKSM: Peta Lokasi & Pandangan Dari Satelit



(54) 29/03/09 Acara Merentas Desa


Aktiviti memanaskan badan dan regangan
dikendalikan oleh Cgu Aniza

Mendengar taklimat ringkas daripada Setiausaha
Sukan & Permainan, Cgu Shukran

Bersedia untuk memulakan larian.


Setiap kategori dilepaskan berasingan dengan didahului oleh seorang
marsyal bermotorsikal. Kawalan keselamatan trafik turut dibantu oleh
pihak polis dari Balai Polis Melor... terima kasih, tuan!

Larian dimulakan pada jam 08:30am

Tuan Guru Besar melepaskan para peserta

Penolong Kanan 1 turut bertugas selaku Hakim Pelepas

Merentasi Kampung Hutan Buloh sejauh 5km


Walaupun padang digenangi air ekoran hujan pada malam
sebelumnya, namun tidak mematahkan semangat para peserta
untuk mara ke garisan penamat. Nasib baik air tidaklah dalam
sangat. Kalau tak, boleh buat acara berkayak pula lepas ni.

Dengan keringat membasahi badan, kepenatan jelas terbayang...
usaha sudah dilakukan namun apakan daya pasukan Rumah Merah
tidak menyerlah dan kejayaannya kurang menyinar pada tahun ini

Setelah penat berlari, marilah kita duduk sama-sama tanpa
mengira warna pasukan sambil menikmati air oren membasahkan tekak

Penyampaian hadiah oleh Tuan Guru Besar

Ini budak besar mana pulak yang terima hadiah daripada PK HEM
ni? Ehh, Cgu Asri ke? Bila masa pulak cikgu lari?

Aku pun sedih jugak oii... tapi takkanlah 'frust' macam tu sekali.
Rilek laa brader...

Program Merentas Desa tahun ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada sebelah petang, namun setelah menyedari cuaca yang tidak menentu pada akhir-akhir ini terutama sekali di sebelah petang, maka akhirnya acara ini dianjak ke sebelah pagi. Dalam suasana pagi yang masih berkabus, semua murid Tahap 2 mula berkumpul di Dataran Bendera untuk mendengar taklimat seterusnya melakukan aktiviti memanaskan badan serta regangan.

Program bermula sebagaimana yang dijadualkan. Setelah para guru yang bertugas di 'check point' mengambil tempat masing-masing, pelepasan larian dilakukan mengikut kategori. Para peserta berlari dengan didahului oleh marsyal. Larian yang memakan jarak 5km itu merentasi Kampung Hutan Buloh dengan melintasi 9 'check point'. Akhirnya, 20 peserta yang terawal tiba bagi setiap kategori dicatat mata untuk pasukan dan menerima hadiah yang disediakan. Keputusan himpunan mata di akhir acara adalah seperti di bawah. Mata ini akan dibawa ke hadapan untuk dikumpulkan dalam Sukan Tahunan yang akan diadakan nanti.

KEDUDUKAN & JUMLAH PUNGUTAN MATA:
1> Rumah Kuning - 387 mata

2> Rumah Hijau - 376 mata
3> Rumah Biru - 300 mata
4> Rumah Merah - 197 mata



(53) 29/03/09 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP): "Intelektual Wahana Kegemilangan"

Para peserta LDP khusyuk mengikuti kursus

En. Sarafuddin bersama Guru Besar SK Melor, En. Mohd. Latiff
b. Setapa (kiri) dan Guru Besar SK Sri Melor, En. Ismail b. Ibrahim

En. Sarafuddin, Timbalan Ketua Nazir sedang
menyampaikan taklimat

Menerima cenderahati

En. Ashhan memberi taklimat tentang EduWebTV

Cenderahati sebagai tanda ingatan dari pihak sekolah

Tn. Hj. Yuseri menerima cenderahati daripada
Tuan Guru Besar


Ehh, cukup-cukuplah tu ambik gambar. Kursus
sudah apa sudah, jom kita makan pulakkk...


Para peserta tidak sabar-sabar menikmati hidangan
tengah hari yang disediakan... Emm, yummy!

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kali Pertama telah diadakan pada 28 Mac lalu bertempat di Dewan dengan para peserta adalah gabungan guru-guru SK Sri Melor dan SK Melor dan bertemakan 'Intelektual Wahana Kegemilangan'. Para penceramah yang telah hadir mengisi slot ialah En. Sarafuddin b. Ibrahim, Timbalan Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Kelantan dengan tajuk 'Teknik P&P Berkesan' serta Tn. Hj. Mohd. Yuseri b. Yaakob dan En. Ashhan b. Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Penddidikan (BTP) Negeri Kelantan dengan tajuk 'Literasi ICT Dalam Pendidikan'.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, p&p adalah merupakan aktiviti utama di sekolah. Justeru, setiap guru menanam iltizam yang tinggi untuk memantapkan lagi kualiti p&p dari semasa ke semasa. Kepelbagaian kaedah pengajaran dengan adunan penggunaan multimedia, misalnya EduwebTV perlu sekali diterokai dan diaplikasi. Dengan kursus yang telah diadakan ini, diharapkan para peserta mengetahui tanggungjawab sebenar seorang guru dalam pengajaran, pembelajaran dan penilaian, menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk pemantapan p&p seterusnya mengenalpasti kelemahan diri yang perlu diperbaiki serta membina keyakinan diri hasil dari pengalaman dan pendedahan baru melalui kursus-kursus seperti ini dan seumpamanya pada waktu yang lain pula.