(53) 29/03/09 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP): "Intelektual Wahana Kegemilangan"

Para peserta LDP khusyuk mengikuti kursus

En. Sarafuddin bersama Guru Besar SK Melor, En. Mohd. Latiff
b. Setapa (kiri) dan Guru Besar SK Sri Melor, En. Ismail b. Ibrahim

En. Sarafuddin, Timbalan Ketua Nazir sedang
menyampaikan taklimat

Menerima cenderahati

En. Ashhan memberi taklimat tentang EduWebTV

Cenderahati sebagai tanda ingatan dari pihak sekolah

Tn. Hj. Yuseri menerima cenderahati daripada
Tuan Guru Besar


Ehh, cukup-cukuplah tu ambik gambar. Kursus
sudah apa sudah, jom kita makan pulakkk...


Para peserta tidak sabar-sabar menikmati hidangan
tengah hari yang disediakan... Emm, yummy!

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kali Pertama telah diadakan pada 28 Mac lalu bertempat di Dewan dengan para peserta adalah gabungan guru-guru SK Sri Melor dan SK Melor dan bertemakan 'Intelektual Wahana Kegemilangan'. Para penceramah yang telah hadir mengisi slot ialah En. Sarafuddin b. Ibrahim, Timbalan Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Kelantan dengan tajuk 'Teknik P&P Berkesan' serta Tn. Hj. Mohd. Yuseri b. Yaakob dan En. Ashhan b. Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Penddidikan (BTP) Negeri Kelantan dengan tajuk 'Literasi ICT Dalam Pendidikan'.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, p&p adalah merupakan aktiviti utama di sekolah. Justeru, setiap guru menanam iltizam yang tinggi untuk memantapkan lagi kualiti p&p dari semasa ke semasa. Kepelbagaian kaedah pengajaran dengan adunan penggunaan multimedia, misalnya EduwebTV perlu sekali diterokai dan diaplikasi. Dengan kursus yang telah diadakan ini, diharapkan para peserta mengetahui tanggungjawab sebenar seorang guru dalam pengajaran, pembelajaran dan penilaian, menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk pemantapan p&p seterusnya mengenalpasti kelemahan diri yang perlu diperbaiki serta membina keyakinan diri hasil dari pengalaman dan pendedahan baru melalui kursus-kursus seperti ini dan seumpamanya pada waktu yang lain pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan