(368) Program Pendidikan Keibubapaan



Pada petang Khamis, 22 Oktober, menjelang jam 03:00 petang, para guru serta ibu bapa pelajar-pelajar Tahun 4 & 5 telah mula memenuhi Dewan Sri Melor. Mereka dijemput untuk menjayakan Program Perkongsian Kemahiran Pendidikan Keibubapaan.



Juruacara adalah Cgu Suria. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Man diikuti ucaptama oleh Tuan Guru Besar, En. Ismail b. Ibrahim. Seterusnya para hadirin mengikuti ceramah Pendidikan Keibubapaan oleh Ketua Unit Perhubungan Awam Kesedar, Tn. Hj. Shariff b. Hj. Mahmood.


Sebelum majlis berakhir, Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Hj. Zakaria b. Mat menyampaikan taklimat berkenaan dengan program-program yang diatur oleh pihak sekolah sebagai persediaan pelajar-pelajar Tahun 5 untuk menghadapi UPSR 2010. Akhir sekali, para hadiri disajikan dengan jamuan ringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan