357 Sambutan Kemerdekaan SKSM

SKSM telah meraikan Hari Kebangsaan peringkat sekolah sempena sambutan kemerdekaan ke-52 pada hari ini, 13 Sept. 09. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Kamaruzaman Awang diikuti nyanyian Negaraku, Selamat Sultan dan Maju Sri Melor, seterusnya lagu-lagu patriotik termasuklah lagu tema Hari Kebangsaan Ke-52, Jalur Gemilang, 1Malaysia, dsb.

Seterusnya, PK Kokurikulum, En. Omar Rajab membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran diikuti dengan perutusan Menteri Pelajaran oleh PK Pentadbiran, Tn. Hj. Zakaria Mat dan akhir sekali bacaan titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong oleh Tuan Guru Besar, En. Ismail b. Ibrahim.

Seterusnya, semua warga SKSM dipertontonkan VCD Merdeka di bawah seliaan Cgu Wan Abdullah dan Cgu Saufi diikuti nyanyian lagu-lagu patriotik. Kemudian, para pelajar tahap 2 menyertai pertandingan melukis poster merdeka manakala pelajar tahap 1 pula mengiktui peraduan mewarna merdeka.

Semoga program ini dapat mendidik dan membina warga SKSM ke arah mempunyai rasa cinta terhadap negara dan tersemai semangat patriotik di samping mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang negara dalam usaha memerdekakan Malaysia, seterusnya mempertahankan dan memajukan negara. Selain itu, diharapkan juga agar semangat dan jati diri yang kental dan jitu dapat dibentuk di samping memupuk semangat perpaduan dalam usaha membentuk kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan