(323) Tanda-Tanda PC Dijangkiti Virus

Teknologi telah disalahguna apabila virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun dilengkapi perisian anti virus, pc kita tidak dapat dijamin keselamatannya. Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut;
1) PC menjadi hang selepas dibuka dan ini seringkali berlaku.
2) Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
3) Keluar mesej [out of memory error] walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
4) Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry. Sistem ini tidak berfungsi kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
5) Ada program yang tidak pernah diinstall sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
6) Terdapat juga proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
7) Tidak boleh menginstall sebarang program atau aplikasi baru.
8) Windows seringkali reboot dan proses ini berlaku berulangkali.
9) Utiliti cakera seperti scandisk melaporkan banyak error pada cakera selepas dibuat imbasan.
10) Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
11) Drive partition bagi cakera keras (harddisk), CD-ROM dan cakera liut (disket) tiba-tiba sahaja hilang.
12) Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
13) Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
13) Perisian Antivirus tidak boleh diinstall.
14) Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
15) Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
16) Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
17) Ikon-ikon ganjil terpapar pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstallnyal sebelum ini.
18) Muzik atau video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
19) Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
20) Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
21) Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.
22) Terdapat dua folder atau fail yang mempunyai nama yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan