(319) Empat Jejaka Tampan di SKSM


SKSM didatangi 4 pemuda sasa lagi tampan yang datang dari 4 lokasi berbeza. Mereka adalah guru-guru pelatih yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan akan berada di sekolah ini selama 5 hari untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).


Rosli, Saiful, Razak, Syazwan

Jejaka-jejaka macho tersebut terdiri daripada (dari kiri);
1) Muhamad Rosli b. Meli (IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Cheras) berasal dari Kg. Sg. Binjai, Gunong, Bachok.

2) Wan Muhamad Saiful b. Wan Hasan (IPGM Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai) berasal dari Kg. Kbg. Kuau, Rantau Panjang.
3) Che Abdul Razak b. Che Muhammad (IPGM Kampus Dato' Razali Ismail, K. Terengganu) berasal dari Kg. Kok Keli, Palekbang, Tumpat.
4) Muhamad Syazwan b. Mohamed Shukri (IPGM Kampus Tuanku Bainun, B. Mertajam) berasal dari Kg. Pdg. Kala, Melor, K. Bharu.

Pengalaman selama 5 hari ini memberi pendedahan konteks sebenar alam persekolahan kepada Guru Pelatih secara developmental seterusnya memberi kefahaman dan membina kesedaran tentang budaya sekolah, peranan guru dalam kelas melalui pemerhatian pengajaran dan strategi pengurusan kelas yang digunakan. Selain itu, pemerhatian dapat dilakukan terhadap pembelajaran murid, analisis tingkah laku murid, serta berkomunikasi dan berinteraksi dengan pentadbir, guru-guru dan komuniti sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan