(317) Program Motivasi

En. Maliki, Kaunselor Cemerlang dari SMK Tok Uban

Tn. Hj. Zakaria, PK1 khusyuk mendengar ceramah

Khamis, 16 Ogos yang lalu menyaksikan banyak air mata tertumpah di dewan sekolah. Ada yang mengesat air mata dengan lengan baju, ada yang menyapunya dengan 'neck-tie', ada yang sekadar tertunduk dengan mata yang merah berkaca, ada yang terisak-isak terhingguk-hingguk. Begitulah suasana ekoran berkesannya ceramah motivasi yang disampaikan oleh Kaunselor Cemerlang dari SMK Tok Uban, Pasir Mas, En. Maliki b. Che Omar.



Selain memberi semangat dan perangsang untuk berjaya dalam peperiksaan yang bakal dihadapi 3 minggu lagi, para pelajar turut diminta membuat muhasabah diri agar sentiasa berkelakuan baik dan tidak melupakan jasa ibu bapa serta harapan mereka untuk melihat anak-anak berjaya. Ketika inilah air mata tidak dapat ditahan-tahan lagi, tumpah berderai mengenangkan dosa dan keselahan-kesalahan yang dilakukan kepada mereka.


Pada akhir sesi, penceramah meminta semua murid bangun bersalaman dengan guru-guru. Dengan linangan air mata yang masih membasahi, mereka bangun beratur menemui para guru, memeluk dan bersalam dengan mereka. Diharapkan semoga apa yang diterima pada hari ini sentiasa berbekas di hati seterusnya menjadi panduan untuk meneruskan perjuangan pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan