(316) Setelah Kau Tiada

Kata orang aku lahir dari perut Ibu...
Bila dahaga, yang susukan aku Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut, Ma!

Bila bangun tidur, aku cari Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang Ibu
Bila nak bermanja aku dekati Ibu
Bila nak bergesel aku duduk sebelah Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku pun Ibu
Bila merajuk yang memujukku cuma Ibu
Bila melakukan kesalahan yang paling cepat marah Ibu
Bila takut yang tenangkan aku Ibu
Bila nak peluk yang aku suka peluk Ibu

Aku selalu teringatkan Ibu
Bila sedih, aku mesti 'call' Ibu
Bila seronok orang pertama aku nak beritahu Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada Ibu
Bila takut, aku selalu panggil... Ibuuuuuuuuuuuuu!!!
Bila sakit, orang paling risau adalah Ibu
Bila nak 'exam', orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu pun Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku Ibu
Yang selalu puji aku Ibu
Yang selalu nasihat aku Ibu
Bila nak kahwin... orang pertama aku tunjuk dan rujuk Ibu

Kini aku dah ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok aku cari pasanganku
Bila sedih aku cari Ibu
Bila berjaya aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti aku bawa pasanganku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut 'anniversary' aku hadiahkan bunga untuk pasanganku
Bila sambut hari ibu aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila saja aku akan telefon pasanganku
Entah bila aku nak telefon Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


*******

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, boleh ke kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, 50 sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu 500 sebulan pun aku mampu, aku boleh kirimkan. Tapi kini Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Jangankan 50 ringgit, 50 sen pun tidak mampu aku kirimkan! Hanya yang termampu al-Fatihah dan ayat-ayat suci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan