(307) Program Rehat Minda (iv) - Aduu Laparnya...

Aduiii mak, dengan badan yang penat, setelah puas bermain air, perut ini terasa lapar sangat-sangat. Tak sabar rasanya menunggu saat dipanggil menghadap juadah. Lihat sahaja gambar nasi di bawah ni, perut pun mula berkeroncong dengan lagu 'Keroncong Untuk Ana' dendangan kumpulan Kembara dengan vokal utamanya M. Nasir.

Akhirnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, dengan lafaz doa "Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami dan peliharalah kami dari siksaan api neraka" lalu kami terus menyuap nasi ke mulut tanpa berlengah lagi.

Alhamdulillah, setelah kenyang sekali lagi kami tidak lupa untuk memanjatkan pujian untuk-Nya, "Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum, serta menjadikan kami dari kalangan yang beriman. Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memberikan aku makanan ini dan melimpahkannya kepadaku tanpa daya dan kekuatanku."

Inilah Cgu Omar, Penolong Kanan Ko yang merupakan pengerusi bagi program ini... tambah nasi cikgu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan