(306) Program Rehat Minda (iii) - Makan-Makan WFC

Ada satu antara banyak-banyak hidangan lazat yang tidak boleh dilupakan (sehingga menjilat jari dan kuku) ialah ayam goreng WFC (Wak Fried Chicken). Ia dinamakan Wak bersempena dengan nama chef tersohor SKSM yang mengadun resipi ayam goreng dengan caranya yang tersendiri iaitu Cgu Hj Masrof (dikenali sebagai Wak dalam kalangan rakan-rakan guru di SKSM. Wak berasal dari Tanjung Karang, Selangor tapi lupa pulak Tanjung Karang belah mana - Sg. Gulang-Gulang? Bagan Tengkorak? Sawah Sempadan? Omahmu nangkono nangndi, wak?)

Proses mengadun tepung ayam goreng WFC dan memerap agar lebih mesra dan sebati dilakukan secara berhati-hati untuk mengekalkan keaslian inovasi resipi Wak

Kelihatan Abe Soh menunjukkan kepakarannya (sambil menunjuk rajin) menggoreng ayam-ayam WFC sambil dipantau selia dengan ketat oleh Chef Wak Masrof

Haa, bila dah siap, letak dalam bekas...

Kenapa Kak Yah, apa masalah? Tak cukup ke? Ooo nak mintak resipi. Boleh, boleh. Nanti kita 'ejas' dengan Wak

Inilah dia antara menu istimewa hari ini - ayam goreng WFC dan ikan kembung masak kicap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan