(302) Taklimat Guru

Taklimat pada hari Khamis baru-baru ini dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, En. Ismail b. Ibrahim. Beliau bersama Ketua Pembantu Tadbir (CC) telah membacakan sekali lagi pekeliling berhubung pengisian jawatan kenaikan pangkat guru cemerlang 2009 sebagaimana yang telah dimaklumkan pada 2 Ogos 2009. KPT turut mengulang baca syarat-syarat dan dokumen yang perlu dikemukakan. 6 Ogos merupakan tarikh tutup dan setakat ini, hanya seorang guru sahaja yang membuat permohonan.

Tuan Guru Besar turut memaklumkan bahawa Mesyuarat Guru Besar Sekolah-Sekolah QIT Melor telah memutuskan untuk tidak mengambil cuti gantian (15 Ogos) sempena perayaan Deepavali memandangkan ia jatuh pada hari Sabtu dan cuti peristiwa telah diberikan pada hari Ahad (18 Oktober) tanpa perlu diganti.

Ujian Percubaan UPSR akan dijalankan serentak dengan UBB Ogos iaitu pada 10-12 Ogos. UPSR sebenar akan dijalankan pada 8-10 September. Jumlah calon adalah seramai 179 orang dengan target 5A 54 orang dan targetkelulusan am 80.6%. Berikutnya, Pn. Asmadera selaku S/U Kurikulum dan S/U Peperiksaan memberikan taklimat peperiksaan dan mengagihkan jadual.

Perkara-perkara lain yang turut disentuh ialah berkenaan dengan Program Rehat Minda Pelajar Tahun 6 yang akan diadakan pada hari Sabtu nanti bertempat di Hutan Lipur Lata Belatan, Jertih serta hal ehwal pakej bayaran tambahan persekolahan 2009 yang mana surat penurunan kuasa memungut bayaran tambahan telah telah diberikan kepada semua guru kelas. Pihak Pendaftar Sekolah Kelantan juga telah mengeluarkan surat kelulusan kepada pihak sekolah untuk memungut bayaran tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan