
Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di dalam buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada 14 Syaaban. PAda waktu itu, mengikut perkitaan Islam, masuklah hari yang ke-15 Syaaban.
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
Solat Sunat
Selepas solat Maghrib, dirikan solat sunat nisfu Syaaban 2 rakaat;
a) rakaat 1 - baca al-Fatihah & surah al-Qadr 1x
b) rakaat 2 - baca al-Fatihah & surah al-Ikhlas 3x
Baca Yasin
Membaca surah Yasin 3x selepas solat Maghrib;
a) selepas Yasin pertama - bacalah doa untuk memohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
b) selepas Yasin kedua - mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
c) Selepas Yasin ketiga - mohon ditetapkan iman dan Islam, mati di dalam iman serta memohon segala yang baik-baik.
Lain-Lain
a) Beristighfar 11x
b) Berselawat 11x
c) Baca doa nisfu Syaaban (ada di dalam Yasin Majmuk)
d) Baca surah al-Ikhlas 1000x
e) Berpuasa pada siangnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan