(288) Persediaan Menghadapi UPSR (i)

Pada pagi yang dingin ini, sesi motivasi kelihatan agak 'panas' berbanding hari-hari sebelumnya. Ini berikutan disiplin yang kurang baik ditunjukkan oleh beberapa orang murid menyebabkan Cgu Hj. Mokhjamil meradang. Mana tidaknya, sudahlah leka bersembang semasa makan RMT menyebabkan mereka tiba lewat untuk program motivasi pagi, malah apabila tiba di sudut motivasi, mereka masih lagi bising dan tidak henti-henti bercakap.

Hal inilah yang menimbulkan kemarahan para guru kerana setiap hari perkara-perkara sebegini sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa. Malah, mereka yang sering melakukan kesalahan disiplin inipun terdiri daripada muka-muka yang sama sahaja. Mereka sepatutnya sedar, UPSR hanya tinggal 35 hari sahaja lagi. Selain dari bersedia dari segi akademik, disiplin diri juga penting dalam situasi berhadapan dengan peperiksaan.

Pada hari hari ini, cgu ingin menyentuh serba sedikit tentang persediaan menghadapi peperiksaan. Berhadapan dengan sesuatu peperiksaan utama adalah sesuatu yang menggelisahkan bagi semua orang, tidak kira sama ada untuk pertama kali mahupun yang telah berkali-kali menempuhnya.
Oleh itu, jika anda menghadapi perasaan sedemikian, ianya adalah perkara normal. Perasaan berdebar-debar ini memang akan sentiasa menghantui pelajar-pelajar tidak kira betapa bersedianya seseorang itu untuk menghadapi peperiksaan. Banyakkan berdoa dan dirikan solat hajat, insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan