(276) Jamuan APC



Jika pada awal bulan baru-baru ini diadakan Jamuan PTK (oleh mereka yang mendapat 4,4 dalam PTK), semalam pula diadakan Jamuan APC (oleh mereka yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 - Cgu Nik Azhar, Cgu Hjh. Che Gayah, Tcr Rosmaini, Tcr Nor Anita dan Cgu Norhayati). Melainkan tarikh dan hari, yang lain semuanya adalah sama sama ada waktu jamuan, tempat, chef malah menu juga tidak banyak berbeza.

Walau bagaimanapun, sedikit
ralat kami rasakan kerana Tuan Guru Besar tidak dapat bersama-sama kerana menghadiri kursus di Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu. Walau apapun, majlis berjalan dengan lancar. Tanpa disangka-sangka, Ustazah Tengku Hasmawati (guru j-Qaf) yang telah berpindah ke Kuala Lumpur turut hadir bersama suami dan anak-anak, malah turut mengadakan jamuan (kenduri arwah) di samping membawa cenderahati untuk rakan-rakan dan bekas murid-muridnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan