(275) Sistem Maklumat Murid

Terbaru, Sistem Maklumat Murid (SMM) telah dibangunkan dalam Versi 4.0 bagi membolehkan semua data murid disimpan dalam pangkalan data dan digunakan sebagai rujukan. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, sistem tersebut menggabungkan SMM dan Borang Maklumat Murid (BMM) menjadikan ia lebih terkini.

SMM v4 merupakan satu kejayaan penyelarasan bagi operasi kutipan data dan maklumat murid dari peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM dengan pertambahan medan-medan maklumat baru, contohnya
cita-cita, kumpulan darah, masalah kesihatan, dsb.

SMM v4 mampu meringankan tugas guru supaya tidak perlu mengisi pelbagai borang sebaliknya hanya perlu memilih maklumat yang diperlukan. Sistem itu juga akan membolehkan semua maklumat tersebut diakses dan dianalisis untuk pelbagai kegunaan bukan hanya untuk bidang pendidikan sahaja. Dengan adanya sistem pangkalan data tunggal, ia dapat menjadi sejarah yang mana negara mempunyai pangkalan data setiap rakyat dan boleh digunakan untuk perancangan serta pelaksanaan program dan projek- projek pembangunan negara.

Guru Data Sekolah, Cik Mazni yang terlibat secara langsung dengan aplikasi SMM v4 ini pastinya telah bersedia untuk mempertingkatkan lagi ilmu dan kemahiran teknologi maklumat bagi menjalankan satu aplikasi canggih dengan satu sentuhan jari bagi mengakses semua maklumat yang dicari dalam memacu tahap pendidikan negara bertaraf dunia seterusnya sistem itu dapat digunakan dengan lebih berkesan.

2 ulasan:

  1. blh tak sy dptkan installer v4 yg compatible dgn laptop yg window 64bit?

    BalasPadam
  2. sila berhubung dg pihak sekolah - 097825702 & mintak sambungan kpd cikgu saufi. skrg ni dia yg bertanggungjwb dg aplikasi smm. 10q.

    BalasPadam