(266) Kaji Kelas Tambahan Malam

Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KGLMSM) meminta pihak sekolah mengkaji semula pelaksanaan kelas tambahan pada waktu malam kerana dibimbangi boleh memberi kesan negatif kepada pelajar terbabit. Menurut Presiden KGLMSM, Jemale Paiman, pelaksanaan kelas tambahan waktu malam semakin menjadi-jadi terutama menjelang UPSR dan PMR.

Apa yang dikhuatiri ialah, program kelas tambahan malam di sekolah akan memberi kesan membabitkan ikatan kekeluargaan, keselamatan, perundangan, kesihatan dan kesan sampingan lain. Kesan paling ketara ialah lunturnya ikatan kekeluargaan di kalangan guru disebabkan kesuntukan masa untuk bersama keluarga pada waktu malam. Keadaan sama turut dihadapi pelajar terbabit yang mempunyai masa begitu terhad untuk bersama keluarga sedangkan waktu malam merupakan saat paling sesuai untuk mereka merapat dan mengeratkan hubungan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Selain itu, waktu malam sepatutunya menjadi luang untuk pelajar berehat, membuat kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran menerusi bimbingan keluarga. 'Soal keselamatan juga wajar difikirkan kerana sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas di luar waktu bekerja, boleh menimbulkan masalah perundangan membabitkan pihak terlibat. Malahan, tindakan sekolah mengadakan kelas tambahan waktu malam sebenarnya hanya menambahkan lagi beban pelajar dan dikhuatiri boleh menjejaskan minda dan kesihatan mereka.

Sumber;
Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan