
Ia merupakan peristiwa terpenting yang pernah berlaku di sini. Tiada seorang pun dari kita dapat hidup lebih lama untuk melihat peristiwa itu berulang lagi. Jumlah sinaran suria ini akan berkurangan apabila bulan berada di antara bumi dan matahari seterusnya mengaburkan pancaran sepenuhnya. Keghairahan pada kali ini merupakan sebahagian besar peristiwa luar biasa yang pernah berlaku dalam tempoh tertentu (atau keseluruhan) apabila matahari dilitupi sepenuhnya. Maksimum gerhana itu dijangkakan berlaku adalah selama 6 minit 39 saat, iaitu suatu tempoh yang tidak mungkin berlaku pada tahun 2132.
Jarak 'laluan keseluruhan' fenomena itu dianggarkan sehingga 258 kilometer, penduduk Gujarat di barat India menjadi orang yang pertama dapat menyaksikan gerhana dalam masa singkat sebelum pukul 6.30 pagi (9.00 pagi waktu Malaysia). Fenomena itu kemudiannya merentasi India, suasana gelap akan meliputi di sungai Gangga, kota suci Varanasi yang berada di antara utara dan selatan Bangladesh dan Nepal sebelum mengelapkan kebanyakan tempat di Bhutan, melalui tanah besar China dan kemudian melepasi laut di Shanghai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan