(259) Ucapan Perpisahan PK Ko


Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Hjh. Zaini bt. Awang yang akan bertukar sekolah sempat meluangkan masa untuk menitipkan kata-kata terakhir buat para guru sebelum meninggalkan sekolah ini. Dengan mata yang berkaca, Kak Ni menyampaikan pesanan seakan-akan pesanan dari seorang kakak untuk adik-adiknya sendiri. Kami warga SKSM mengucapkan salam perpisahan dan selamat jalan kepada Kak Ni.


Sememangnya perpisahan itu sering sahaja terjadi. Ada perpisahan sementara dan ada yang kekal selamanya. Memanglah perpisahan itu pedih dan menyedihkan, sukar untuk diterima walaupun cuba direlakan. Namun ini semua menguji kita kerana setiap perpisahan itu ada hikmahnya.



Andai kata selama Kak Ni berada di sini ada tersentuh hati dengan kami, atau ada pengalaman atau kenangan-kenangan pahit, lupakanlah dan buangkanlah ia sejauh-jauhnya. Untuk meringankan hisab antara kita di padang mahsyar kelak, marilah kita bermaaf-maafan ('afwan awii2), seri 0-0 tanpa penalti, okay? Maklumlah, urusan hisab antara kita dengan orang lain masih terlalu ramai dan tersangat banyak lagi, jadi antara kita ini biarlah tiada sebarang salah dan silap mengiringi amalan kita ke sana nanti, insyaAllah. Yang lepas itu kenangan, yang kini adalah realiti dan yang akan datang itu adalah harapan...

Salam ukhuwah fi sabilillah buat Kak Ni dan semua para sahabat dan sahabiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan