(258) Perjumpaan Guru-Guru SKSM

Tepat jam 12:45, Khamis 9 Julai semalam, diadakan satu perjumpaan ringkas guru-guru bertempat di Makmal Komputer SKSM.

Tuan Guru Besar,
En. Ismail b. Ibrahim

Penolong Kanan 1,
Tn. Hj. Zakaria b. Mat

Penolong Kanan HEM,
Pn. Hjh. Rusnah bt. Hj. Abdullah

Tuan Guru Besar memulakan taklimat dengan pesanan agar tidak panik dengan pandemik influenza babi di samping mengambil langkah-langkah mencegahnya. Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa 5 orang guru di sekolah ini telah menerima APC pada 4 Julai yang lalu dan berharap agar guru-guru lain tidak kecewa sebaliknya menanam azam untuk meningkatkan usaha dan bersaing secara sihat.

Tuan Guru Besar turut memaklumkan bahawa dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini, seramai 9 0rang pelajar kita telah mendapat keputusan 5A manakala 4A seramai 12 orang. Beliau juga memaklumkan tentang pertukaran PK Ko, Pn. Hjh. Zaini manakala penggantinya adalah En. Omar b. Rejab dari SK Kubang Kiat.

Penolong Kanan 1 pula mengingatkan tentang pemantauan p&p serta semakan buku latihan pelajar.

[klik pada gambar untuk melihat imej yang lebih besar]
Para guru khusyuk mendengar pesanan para pentadbir


Tiada ulasan:

Catat Ulasan