(248) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Sabtu, 4 Julai semalam, seramai 5 orang guru SKSM hadir ke SMK Putera, Kota Bharu menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2008). Guru-guru tersebut ialah;

1 - Cgu Nik Azhar
2 - Cgu Hjh. Che Gayah
3 - Cgu Rosmaini
4 - Tcr Nor Anita
5 - Cgu Norhayati


Hadiah bagi penerima APC berupa Sijil Perkhidmatan Cemerlang serta Hadiah Prestasi sebanyak RM1000.00. Semoga dengan anugerah yang diterima akan menambahkan lagi daya kreativiti dan inovasi dalam p&p untuk memajukan anak bangsa.

APC sebenarnya adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Bagi setiap sekolah, had pemberian APC ialah tidak melebihi 8% jumlah guru/staf sokongan di mana guru/staf tersebut mendapat prestasi 85% ke atas, selain daripada telah disahkan ke dalam jawatan. Mereka juga mestilah bebas daripada dikenakan sebarang tindakan tatatertib. Bagi anggota yang telah dinaikkan pangkat hendaklah berkhidmat tidak kurang daripada 3 tahun. Anggota yang telah mendapat APC hendaklah berkhidmat tidak kurang dari 5 tahun perkhidmatan sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan berikutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan