(232) Kunjungan Bekas Pelajar

Baru-baru ini guru-guru SKSM menerima kunjungan 2 orang bekas pelajar di sekolah (UPSR 2005). Mereka ialah Nursyazanianis dan.... dan... Sheila (alamak, err.... lupa laa nama penuh dia). Mereka kini dalam tingkatan 4 di SMK Melor, Kota Bharu. Setelah menemui guru-guru di Bilik Guru, mereka kemudian datang menziarahi saya di Makmal Komputer.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana sudi berkunjung menziarahi guru-guru lama untuk bertanya khabar. Menurut Hamka, para guru, baik guru mengaji atau guru sekolah, semuanya adalah jasa yang tidak dapat dibalas dengan benda. Untuk mengimbau kembali, berikut adalah gambar mereka sewaktu di Tahun 6, empat tahun yang lalu;


Syaza merupakan bekas vokalis utama kumpulan nasyid sekolah pada ketika itu. Selain itu, Syaza juga merupakan pemenang PertandinganBintang Kecil serta Pertandingan Syair Peringkat QIT Melor dan tempat ketiga di peringkat PPD Kota Bharu. Berikut adalah gambar Syaza sewaktu menyertai pertandingan syair di SMK Dato' Ahmad Maher suatu ketika dahulu bersama guru yang bermain keyboard mengiringi alunan syairnya.


Dan ini pula, gambar sewaktu mengadakan persembahan sempena Hari Guru.

Semoga kalian berjaya dalam semua bidang yang diceburi seterusnya dapat menabur jasa untuk agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan