(229) Tahukah Anda (Vol. 3)


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. Huruf tersebut bermaksud bermakna 'Yoshida Kogyo Kabushibibaisha' iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.
2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak mempunyai gema (echo) atau beralun (sustain).
3. Dengan sepotong cokelat boleh membunuh anjing. Cokelat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing.
4. Kebanyakan lipstik yang kita pakai sekarang mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya sebagai perasa tambahan pada makanan.
6. Tiada satu pun jam di pusat-pusat perjudian Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi untuk terus bertaruh.
7. Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera.
9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas untuk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.
11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
12. Warna biru adalah warna kesukaan 80% rakyat Amerika.
13. Tanda (#) pada keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19. Produk pertama menggunakan kod bar adalah Wrigley's Spearmint Gum.
20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton TV.
23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengatasi penduduk penduduknya.
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta-merta.
25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja).
27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby' .
28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta-fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta-fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.
29. Namun begitu, tahukah anda senarai fakta ini tidak ada no 8?
30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8, kan ?

Kkekekeke!!! OK dah, pegi buat keja.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan