(214) Pesanan Untukmu, Wanita (ii)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, mafhumnya;

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
(Riwayat at-Thabrani)

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajahnya sahaja."
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan