(208) Penyertaan Kokurikulum

21 Jun 2009

Sewaktu perhimpunan pada pagi ini, disampaikan sijil kepada 6 orang peserta yang menghadiri Kursus Perdana Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia yang diadakan di Pantai Perkasa, Bachok pada 11-13 Jun baru-baru ini.

Selain itu, sijil turut disampaikan kepada 2 peserta yang mengikuti Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kesihatan Daerah Kota Bharu yang berlangsung di SMK Kampong Chengal pada 18 Jun lalu.

Kemudian, seramai 2 orang pelajar turut menerima sijil setelah menghadiri Kursus Pemantapan Bahasa Melayu Puteri Islam Daerah Kota Bharu di Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Timur, Kota Bharu semalam.

Akhir sekali, para pemenang kuiz sempena Bulan Matematik turut menerima hadiah masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan