(200) Doa Sempena Hari Bapa

Terima kasih emak kerana melahirkan saya ke dunia. Terima kasih ayah kerana mendidik saya selama ini.

Ya Allah Ya Ilahi Rabbi, anta maksudi wa ridhaka matlubi. Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim, Kau ampunilah segala dosa kedua-dua ibu bapaku, angkatkanlah darjat mereka, rahmati dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik aku sejak kecil. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai anak yang soleh, sebagai pengubat dan penyejuk mata buat kedua-dua orang tuaku, sebagai harta mereka yang berharga di barzakh dan di akhirat nanti.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan