(170) Buah-Buahan vs Kolesterol


Alhamdulillah, keadaan Cgu Ruzman semakin pulih sebagaimana yang kita semua harap-harapkan. Cuma beliau dinasihatkan oleh doktor agar banyak berehat. Dikatakan punca sebenar penyakit beliau ialah kadar kolesterol yang tinggi. Jika benar sedemikian, apa kata kita sama-sama bacakan beberapa fakta tentang makanan vs kolesterol di bawah;

10 Makanan Yang Patut Diambil

1. Kacang soya - Ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Selain dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis, kalsium dan mineralnya boleh membantu memecahkan lemak dan menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) di samping mempertingkatkan kadar lemak baik (HDL).
2. Kuaci - Ia mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. Buah kering -
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam minuman teh, sayuran brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. Epal - Memakan sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak di dalam badan.
5. Ikan tuna - Ia termasuk sumber asid lemak Omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL
6. Kacang tanah -
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. Mangga - Vitamin C banyak terdapat dalam mangga (ore Kelate sebut buah pauh - tak kiralah pauh Cik Ana ke, siku raja ke, emas hitam ke, kepala gajah atau pauh samseng). Sumber lain : belimbing, kedondong (amra), betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL di dalam tubuh.
8. Kismis - Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
9. Oat - Kebanyakan kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol.
10. Jambu batu (guava) - Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

Akhir kata,dapat disimpulkan di sini bahawa kita perlu sekali memperbanyakkan pemakanan buah-buahan dalam diet kita. Ayuh, kita singgah Kedai Melor petang ini ataupun pasar tani hari Isnin nanti dan belilah buah-buahan tempatan...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan